Pada suatu
hari Rasulullah s.a.w. berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Rasulullah
s.a.w. menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada
Allah s.w.t. untuk bercocok tanam, kemudian Allah s.w.t. bertanya kepadanya
bukankah Allah s.w.t. telah berikan semua perkara yang dia perlukan? Lelaki itu
mengakui, tetapi dia suka bercocok tanam. Lalu dia menabur biji benih. Tanaman
itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat
setinggi gunung. Allah s.w.t. berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia
tidak mengenyangkan perut kamu".
"Demi
Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar kerana mereka dari
golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui itu.
Rasulullah s.a.w. tertawa mendengar kata-kata orang Badui itu.
EmoticonEmoticon